Friday, March 12, 2010

Belajar Gitar Dengan Mudah

Pembelajaran Gitar seperti dibawah adalah mengikut cara-cara sebenar dan juga bagaimana kita memahami bunyi, kord dan juga irama yang cuba d... thumbnail 1 summary
Pembelajaran Gitar seperti dibawah adalah mengikut cara-cara sebenar dan juga bagaimana kita memahami bunyi, kord dan juga irama yang cuba dialukan oleh gitar anda. Dengan latihan yang cukup sekurang-kurangnya 4 jam sehari anda mungkin menjadi seorang gitaris professional satu hari nanti. Sekarang anda Cuma rilek dan cuba jalankan latihan bermain gitar dengan mencari note dan juga kord yang perlu untuk anda alunkan. So have fun guy!
Perkara Pertama- Bagaimana Mencari Kord
Ada pelbagai jenis buku kord yang anda boleh dapati di kedai-kedai buku dan juga di internet. Saya sarankan anda semua untuk mencari buku-buku tersebut untuk memudahkan permainan gitar ini. Disini saya ada beberapa kord asas untuk anda berlatih bermain gitar.
Dibawah adalah diagram bagaimana untuk anda membaca note gitar dan juga bermain kord yang betul. Sekiranya anda melihat diagram dibawah inilah yang dinamakan fret gitar dan susunan note berlaku dari E Rendah (berwarna Merah) sehinggalah E Tinggi (Berwarna Ungu). Anda kena membezakan mana jari hendak diletakkan di fret-fret tertentu untuk menjadikan nota yang akan ditunjukkan seperti dibawah ini.
frets gitar