Wednesday, April 3, 2013

Kata Kata Bermakna

KATA-KATA BERMAKNA 1.    Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur. 2.    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripad... thumbnail 1 summary
KATA-KATA BERMAKNA

1.    Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

2.    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

3.    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satuperkara iaitu USAHA.

4.    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

5.    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

6.    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

7.    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

8.    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

9.    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

10. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

11. Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

12. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

13. Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni tetapi bergurau senda yang berlebihan akan menghilangkan hormat.

14. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

15. "Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

16. "Cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

17. Wanita itu sendiri adalah rahsia.

18. Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

19. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

20. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itusumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibudari segala ketenangan jiwa.

21. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

22. SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

23. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

24. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

25. Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

26. JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT.

27. Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.

28. Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.

29. Kemenangan dan kekalahan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya mengikut usahannya.

30. Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

31. Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

32. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

33. Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

34. Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

35.  Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal

36. Orang yang yang paling kekurangan ialah yang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.

37. Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.

38. Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan

39. Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi

40. Orang Yang mudah memuji ialah orang mudah mengeji dan orang yang mudah kata cinta akan mudah kata benci.

41.
Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

42. Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.

43. Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan fizikal.

44. Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.

45. Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya.

46. Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan.

47. Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri.

48. Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

49. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

50. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.